LONDON: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dijadual bertemu Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada Isnin, susulan lawatannya ke ibu kota Eropah, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Zelensky berkata beliau akan bertemu Sunak di London untuk "rundingan substantif" di tengah-tengah pencerobohan Rusia.
Zelensky menerusi ciapan di Twitter: "Hari ini - London. UK adalah tunjang utama dalam mengukuhkan keupayaan di darat dan di udara. Kerjasama ini akan diteruskan hari ini. Saya akan bertemu rakan saya Rishi. Kami akan menjalankan rundingan substantif secara bersemuka dan dalam delegasi."
Lawatan terbaharu itu dibuat beberapa hari selepas Liverpool menjadi tuan rumah Peraduan Lagu Eurovision bagi pihak Ukraine, di tengah-tengah sokongan berterusan British terhadap perjuangan negara itu menentang Rusia.
Ia juga berlaku selepas Sunak dan Setiausaha Pertahanan Ben Wallace mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membenarkan peluru berpandu jelajah jarak jauh selepas serangan berterusan Rusia.
Lawatan Zelensky itu dilakukan menjelang perhimpunan G7 di Hiroshima, Jepun, akhir minggu ini, dan bakal dihadiri Sunak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dijadual bertemu Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada Isnin, susulan lawatannya ke ibu kota Eropah. - Foto AP
Malaysia hargai peranan Qatar untuk rundingan perdamaian Hamas-Israel
Malaysia menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
10 Berita Pilihan - (12 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Tumpuan Isnin - 13 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
PM ucap Selamat Hari Ibu
Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu.
Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan "zon selamat" di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
AWANI Ringkas: Ketakutan kepada Pas faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia lelong pangsapuri mewah Zelensky di Crimea
Rumah milik keluarga Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Crimea dilelong pihak berkuasa Rusia pada harga 44.3 juta rubel (US$480,000), lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky dijadual bertemu Sunak dalam lawatan mengejut ke UK
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dijadual bertemu Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada Isnin, susulan lawatannya ke ibu kota Eropah.